Apa khabar semua? Lama dah saya tidak menulis dalam entri ini. Alhamdulillah, semester ini merupakan semester terakhir saya di Universiti Sains Malaysia (USM).
Hari pertama kuliah (10/9/2019) dimulakan dengan kuliah HMT 415 Psikolinguistik. Sebelum kuliah HMT 415 dimulakan, saya telah mendapat gambaran mengenai subjek ini. Semasa saya berada pada tahun 2 dan 3, saya melihat pelajar tahun akhir mengadakan pameran mengenai kajian mereka yang berkaitan dengan HMT 415 Psikolinguistik ini. Jadi saya membuat kesimpulan sendiri bahawa saya akan melalui perkara yang sama semasa tahun akhir. Kuliah HMT 415 diajar oleh Dr. Rozaida. Pada pendapat saya, subjek ini sangat menarik kerana berkaitan dengan pertuturan, otak dan lain-lain. Selain itu, psikolinguistik ini melibatkan bayi, orang kurang upaya (OKU), dan sebagainya. Sangat menarik dan menimbul minat saya untuk mendalami lebih mendalam mengenai subjek ini. Saya berharap saya boleh melakukan yang terbaik dan dapat menceburi bidang ini dengan lebih mendalam. Kesimpulannya, kuliah pertama ini memberi gambaran yang positif kepada saya kerana saya bersemangat untuk mengetahui subjek ini.
Seterusnya, saya akan memberi refleksi mengenai kuliah pertama bagi HMT 411 yang diadakan pada 11/9/2019. Subjek ini diajar oleh Dr. Radiah dan Dr. Norsofiah. Pada hari pertama kuliah Dr. Radiah memberi tugasan mengenai sejarah lisan (oral history) dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 ke 5 orang ahli. Agak mencabar sebenarnya kuliah pertama HMT 411 ini kerana Dr. Radiah menambah tugasan iaitu menemubual sesiapa sahaja luar dari Fakulti Ilmu Kemanusiaan berkaitan dengan sejarah lisan. Tugasan itu mestilah disiapkan dalam masa seminggu. Semoga berjaya buat saya dan ahli kumpulan saya.
Sekian sahaja refleksi bagi kuliah pertama HMT 415 dan HMT 411. Saya sertakan dengan gambar saya semasa di dalam kelas HMT 415 dan HMT 411. Terima kasih kerana sudi membaca.

