Jumaat, 6 Oktober 2017

Kenapa nak buat blog?

Assalammu'alaikum dan salam sejahtera. 

Syukur alhamdulillah allah masih memberikan kesempatan kepada kita pada hari ini untuk terus bernafas dan masih membuka pintu taubatNYA kepada kita. Jadilah manusia yang sentiasa bersyukur kerana janji Allah siapa yang bersyukur, Allah akan menambahkan lagi nikmatNYA kepada mereka yang bersyukur.

Sebenarnya ini kali pertama saya menulis blog walaupun niat untuk membuat blog sudah lama terbuku dihati. hehe. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hajat selama ni nak menulis blog. Pada mulanya, menulis blog ini merupakan tugasan  Dr Radiah (subjek HMT 213 Oral communication). Bila fikir balik, mungkin dah tiba masa yang tepat untuk membuat blog dan berkongsi pelbagai perkara. Benarlah bahawa setiap perkara tu ada hikmahnya :)

Dulu niat nak buat blog ni sebab nak kongsi penulisan pendek saya macam cerpen la konon. Dulu minat sangka mengarang cerita. Pernah hantar penulisan kat Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB). Hehe. Itu cerita lama laa. Sekarang niat nak tulis blog sebab tugasan Dr Radiah atau nama panggilan pensyarah kami ni Dr Odi, selain itu masih juga nak kongsi cerpen-cerpen yang saya dah rangka dan tuliskan dalam buku. Hehe. 

Harap awak semua sudi baca dan memberikan komen mengenai cerpen saya nanti ye? Hehe. Saya masih dalam proses belajar menulis cerpen dan banyak lagi ilmu yang saya perlu pelajari. Doakan saya. Mana tahu satu hari nanti saya boleh jadi penulis novel terkenal (berangan jer) haha

Sekian itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan